Halaman


Sabtu, 15 Oktober 2011

Homemade Fondant Cake


                                   

                                  Jika anda mahukan totarial bervideo,sila klik link tersebut:   

                                                               Fondant Totarial


Bahan-bahan ( Hiasan utk 1 biji kek )

  • 63 ml air
  • 1 sudu besar gelatin halal (guna produk Halalgel)
  • 125 ml sirap glucose
  • 1 1/2 sudu besar gliserin
  • 2 sudu besar lemak sayur (shortening)
  • 1 kg gula aising (Ayaq dulu)
  • Pewarna pilihan

Cara-cara

  1. Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.
  2. Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.
  3. Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.
  4. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.
  5. Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.
  6. Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)
  7.  Doh yg sudah siap akan jadi seperti gambar ni. Warna putih.
  8. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.
  9. Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.
  10. Akhir sekali proses membentuk doh. Harap semua faham bagaimana utk menghasilkan fondant icing. 

Simply Lasagna



Untuk totorial bervideo,sila click link ini:

Resipi Lasagna
  • 8-10 keping kulit lasagna
  • 300g daging cincang (kite guna ayam)
  • 1/2 biji bawang besar holland – cincang
  • 2 ulas bwg putih – cincang
  • 1 tin sos spaghetti original
  • 3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
  • 1/2 biji carrot – potong dadu (optional)
  • 3 biji cendawan butang – hiris nipis
  • 1 sk oregano
  • Air
  • minyak zaitun
  • garam, gula secukup rasa
  • keju mozarella secukupnyer
  • UNTUK SOS PUTIH
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • lada hitam, garam
  • Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
  • Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging… sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
  • Bakar pada suhu 200′C selama 40-60min  atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.